Monday, May 30, 2011

TARIF ELIKTRIK NAIK MEMBAWA KENAIKAN BIL 1-10%

 
 

Bekalan tenaga elektrik adalah keperluan asas manusia. Peralatan yang dibekalkan oleh tenaga ini ada yang bukan keperluan asas. Manusia tidak akan mampu untuk hidup dizaman ini tanpa bekalan elektrik. Di Malaysia syrikat tunggal yang membekal elektrik kepada penduduknya adalah TNB. Bermaksud penduduk Malaysia tiada pilihan lain samada menggunakan perkhidmatan TNB atau menggunakan lilin sebagai punca tenaga.

 
 

Tenaga Nasional Bhd. (TNB) akan mengalami aliran tunai negatif pada tahun depan jika kerajaan tidak membenarkan syarikat utiliti itu memindahkan kos kenaikan bahan api kepada pengguna. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, buat masa ini, TNB memiliki rizab tunai mencukupi yang dikumpul sejak lebih dua tahun lalu tetapi ia hanya cukup sehingga akhir tahun ini. "Selepas tempoh itu, kami perlu membuat pinjaman kerana kedudukan kewangan syarikat adalah amat lemah,'' katanya kepada Dow Jones Newswires di sini hari ini.

 
 

Aliran negatif adalah daripada banyak punca. Pilihan menaikkan tarif adalah langkah mudah dan yang paling singkat untuk mencari keuntungan. TNB perlu melihat ruang penjimatan yang mampu dilakukan dan pembaziran yang berlaku menjadikan kerugian kepada TNB. Langkah TNB memohon kenaikan tarif akan membebankan rakyat. Walaupun kerajaan berikan jaminan pengguna 200kwh -300kwh dengan percuma namun kerajaan tidak mampu mengelak kenaikan harga barang yang akan berlaku. Kenaikan ini akan menjejaskan kedudukan rakyat dengan teruk. Ramai ahli ekonomi yang handal-handal terdapat dinegara ini yang boleh mengakaji langkah terbaik menangani isu ini. Penilaian harus ditumpukan untuk memberi faedah kepada pengguna iaitu rakyat dan dalam masa yang sama turut memberikan keuntungan kepada TNB.

 
 


Screen clipping taken: 31/05/2011; 14:05

 
 

Catatan keuntungan yang TNB pernah umumkan sebenarnya amat tinggi. Tetapi TNB turut menaggung hutang yang tinggi juga. Hutang TNB adalah dalam bentuk US dollar. Kaji dimana punca kerugian dan punca bebanan hutang tersebut. Keputusan yang TNB dan kerajaan lakukan adalah dengan meletakkan rakyat sebagai punca kewangan untuk membayar hutang TNB. Keuntungan TNB rakyat tidak pernah nikmati. Kecuali kepada keluarga yang terdapat ahli keluarganya yang bekerja dengan TNB. TNB akan tanggung kakitangannya dan bekas kakitangannya dan sehingga TNB menanggung anggota keluarga kakitangannya walaupun bekas kakitangannya telah tiada. TNB pernah memberikan bonus yang tinggi kepada warganya sedangkan pekerja di syarikat lain dan kakitangan kerajaan tidak pernah terima bonus yang tinggi seperti yang ditawarkan oleh TNB.

 
 

Struktur IPP turut perlu diumumkan dengan jelas kepada rakyat. Jumlah pembayaran punca tenaga IPP hendaklah diumumkan dengan jelas. Kenaikan harga minyak yang mendorong kenaikan harga bekalan IPP patut telah dikaji semasa krisis 2007 dan ditangani oleh TNB semasa harga minyak dunia stabil 2 tahun yang lalu. Banyak perkaitan dengan kenaikan ini. Subsidi IPP perlu dikaji mendalam dengan jelas dan telus. Kerajaan perlu lihat aliran wang subsidi ini supaya disalurkan dengan tepat.

 
 

Impak kenaikan elektri ini amat besar dan kesannya akan mempengaruhi keputusan rakyat dalam memilihan nanti. Keyakinan rakyat kepada kerajaan akan terhakis. Jika kerajaan umumkan kenaikan tidak dapat dielakkan maka rakyat akan berkata perubahan putrajaya juga tidak dapat dielakkan. Rakyat sanggup hidup tanpa subsidi. Namun perhatian tidak harus dilepaskan terhadap tekanan yang akan rakyat tanggung dengan kenaikan harga semua barang keperluan.

 
 

Kerajaan diseru kaji semula keputusan ini. Kedudukan rakyat teramat sempit dan sukar.