Thursday, August 10, 2017

Jalan Ipoh Yang Sesak

Hari ini kepala aku serabut.. kerja yang bertimbun banyak kena laksana drngan status semua aktif dan urgent.

Tengah kepala serabut dalam perjalanab balik dari pejabat ke rumah lagi buat kepala aku serabut... jalan sesak. Walaupun tidak le sesesak KL.. tapi bagi pandangan aku.. kalau aku nak sesak baik aku kerja kat KL... tapi memang tujuan aku pindah ke Ipoh untuk mengelakkan mende yang sesak macam. Tapi kalau kat Ipoh pun sesak jugak tak tercapai la tujuan aku tu..

Punca jalan sesak kat Ipoh ni yang aku nampak bukan le berpunca daripada kepesatan pembangunannya.. tu yang jadikan sesak jalan kat Ipoh ni rasa lebih bengang dan geram banding dengan sesak kat KL..

Punca paling utama adalah kedudukan sekolah di dalam bandar.. yang mak bapak budak sekolah ni kalau boleh nk kereta dorang hantar anak kesayangan dorang tu sampai depan pintu kelas.. ni la punca paling utama.. kat Ipoh ni banyak sekolah yang betul2 tengah bandar.. Anderson.. Convernt ada 2 Convernt lak tu.. St.Micheal... Sam tet.. Shen Jai.. MGS... Raja Perempuan.. Cator Avenue.. Ni yang aku teringat sekarang.. kalau sekolah ni tak de dalam bandar.. memang aman sesangat jalan kat Ipoh ni... Hanya sebab sekolah ni aje jadi jem teruk.. jalan yang 4 lorong.. boleh jadi tinggal 2 lorong.. 2 lorong lagi dah jadi tempat mak bapak tunggu anak dorng atau hantar anak..

Tolonglah cari solusi lain.. takan la mereka yang terlibat dengan perkara ni yang dah berpuluh tahun sejak merdeka tak terpikir cara nak selesaikan isu ini.. pihak sekolah.. pihak jabatan pelajaran.. pihak berkuasa tempatan.. pihak penguasaha bas sekolah.. pihak PIBG.. dan tak kira la sape pun.. tolong lah bincang cari jalan selesaikan isu ni..

Punca kedua adalah sistem jalanraya yang tidak diurus dengan baik.. mende yang mudah tapi tidak pernah nak pikir di atasi... sangguplah tengok je.. hadap je bertahun2.. kalau aku merasa sesak ni.. bior le sampai cucu cicit aku pun hadap sesak yang sama gak.. sebab dari aku kecik jalan sesak tu tak penah pun dinaik taraf... dibior aje sampai aku pun dah ade anak kecik jugak.. agaknya sampai la anak kecik aku ade anak juga nanti jalan sesak tu tak juga diambil tindakan untuk atasi masalahnya...

Contoh.. Bulatan menteri besar.. ada island yang dah perlu lagi jadi island.. baik dilebarkan jadi 2 lorong daripada buat island dengan landskap pahape... letak pokok langsung tak mencantikkan pandangan...

Contoh lagi.. jalan hospital.. yang dah diubah  nama jadi jalan Raja Ashman.. trafik light ke fair park.. bottle neck punca sesaknya... dari 3 lorong tetiba jadi 1 lorong kat trafik light tu.. baik la di jadikan trafik light tu semua lorong berhenti je.. daripada buat1 lorong jalan terus.. atau ada idea lain yang lebih baik.. daripada bior je orang semua hadap sesak yang tak sepatutnya sesak.. yang boleh diatasi dengan penyelesaian mudah..

Contoh lagi.. bulatan hospital.. dari medan istana ke pusat bandar.. yang jalan sesak tiap masa tak kira bila panjang sampai ke jambatan yang ade kuil thaipusam.. pun bertahun2 tak penah nak pikir diatasi langsung.. sampai bila nak bior sesak aku pun tak tau..

Contoh lagi.. jalan sultan azlan shah.. trafik light jln lapangan terbang.. dari 3 lorong ke 2 lorong sekejap.. pehtu 3 lorong balik.. ngape tak buat je 3 lotong tu terus.. ada la 5 meter je jaraknya.. pe yang bingung benor orang yang buat jalan ni.. buat je la 3 lorong dari flyover ke trafik light tu.. ade pulak masuk ke 2 lorong dalam 5 meter dulu baru jadi 3 lorong balik... pemandu himpit masuk lorong tu le punca sesaknya..pun tak penah nk di amik peduli oleh mereka yang patut pikior mende ni...

Tu je aku nak cakap.. penat.. tau tak penat.. apah tak guna orang yang korang bayor gaji untuk pikior mende ni.. nak bagi pengguna idup senang pun korang xboleh buat..

Udah le.. lagi banyak aku cakap darah aku yang makin naik...

Saturday, February 11, 2017

ePerolehan

Sejak awal kurun ke 21 dunia didedahlan dengan perkembangan teknologi komunikasi yang tidak mempunyai sebarang batasan. Pada awal telnologi ini diperkenalkan kepada manusia sejagat majoriti orang menjadi dungu dan terbuka mulut seluas-luasnya menampakkan kebodohan mereka. Tiada siapa pun yang boleh menduga apakah kebaikan serta keburukan yang bakal dilahirkan oleh teknologi komunikasi ini. Hampir semua warga veteran sekitar umur 40an dan ke atas mengambil langkah mudah iaitu buat bodoh terhadap evolusi waktu ini. Langkah mudah yang mereka ambil itu sebenarnya tidak salah jika kita lihat dari perspektif pengetahuan mereka terhadap teknologi ini yang hampir sifar. Malah lebih tetap jika disimpulkan mereka ini bukan buat-buat bodoh sebaliknya memang bodoh. Watak yang kita nampak seakan akan mereka berlakon tidak ambil tahun sebenarnya bukanlah watak yang dibuat-buat oleh mereka kerana mereka memang tidak tahu.

Dalam keadaan seluruh manusia tertanya-tanya inilah akan munculnya wira penyelamat yang akan menipu serta mengambil kesempatan atas kebodohan umat manusia. Wira ini akan mengaku cerdik pandai malah mengangkat dirinya sendiri menjadi pakar di dalam bidang yang tersangat baru ini. Pengakuan mereka sebagai pakar pun sudah cukup menampakkan wira ini adalah penipu. Bagaimana mereka boleh menjadi pakar sedangkan mereka pun baru sahaja diperkenalkan dengan dunia canggih tidak ada batasan. Mereka memutarbelitkan fakta menunjukkan kepandaiam mereka serta mendedahkan kebodohan orang lain. Mereka tahu tiada siapa pun yang akan tampil cuba membetulkan dan mendedahkan penipuan mereka kerana tiada siapa pun dalam kalangan orang di Malaysia ini yang pakar dalam bidang yang tersangat canggih pada masa itu. Makin memudahkan penipuan mereka apabila semua ketua jabatan kerajaan pada masa itu diketuai oleh golongan yang buat-buat bodoh tadi.

Maka dengan bijaknya kerajaan persekutuan mengambil langkah kehadapan dengan megah menerajui perkembangan teknologi komunikasi ini memperkenalkan pelbagai sistem atas talian yang. Untuk menampakan kerajaan seperti bijak istilah maya atau e diekplorasikan.

Kementerian kewangan turut perkenalkan eperolehan yang ada baiknya dan tidak dinafikan memang sistem ini adalah sistem yang sangat baik kepada negara. Bukan setakat untuk mencapau paperless goverment seperti ramai orang katakan malah lebih pada itu. Melalui sistem ini proses perolehan dan tender kerajaan boleh menjadi telus dan tiada lagi agenda tersembunyi mana-mana pihak. Tingkat proses perolehan daripada pengeluaran permohonan perolehan hingga ke proaes terakhir iaiti bayaran dapat diringkaskan hingga membolehkan bayaran dikeluarkan dalam masa 3 hari selepas tuntutan dibuat. Selain itu pelbagai data dan maklumat syarikat yang menjadi pembekal akan mudah didapati serta boleh dianalisis oleh mana- mana pihak dalam kerajaan demi kepentingan negara.

Oleh kerana terlalu banyak kebaikan yang ditawarkan oleh sistem ini hingga menutup wajah penghisap darah pemilik atau pemaju sistem yang mencadangkan pembangunan sistem eperolehan ini. Pemaju sistem ini mahukan jalan yang selamat hingga akhir zaman atau kiamat untuk seluruh keturunan mereka. Oleh itu mereka tidak menawarkan sebarang nilai kontrak yang perlu dibayar oleh kerajaan untuk bangunkan sistem eperolehan. Sebaliknya mereka mahukan komisen disetiap transkasi melalui sistem yang mereka bangunkan. Tidak dapat saya pastika  berapa banyak kali rundingan yang telag berlaku antara kerajaan dan pemaju hingga akhirnya kedua-dua pihak setuju pada kadar 0.08% daripada nilai setiap transaksi melalui sistem ini.

Dengan begitu mudah mereka merompak duit kerajaan dan mengumpul kekayaan di atas kebodohan orang di dalam kerajaan. Jika peruntukan kerajaan pada tahun semasa adalah RM10juta. Maka pendapatan syarikat itu adalah RM800k tanpa perlu bekerja keras seperti orang lain. Perlu diingat belanjawan yang dibentang oleh perdana menteri setiap tahun bukan bernilai RM10 juta malah berbillion ringgit yang hampir 50 peratus budget itu diproses melalui sistem eperolehan.Kerajaan juga telah keluarkan pekeliling mengarahkan semua agensi  kerajaan mengunakan sistem eperolehan ini agar proses perolehan kerajaan dapat dilaksanakan dengan telus. Pekelililing ini telah membenarkan duit negara dirompak secara halal dan dilindungi oleh undang-undang negara.

Pemaju sistem ini tidak pun mementingkan ketelusan perolehan kerajaan sebaliknya hanya pentingkan pendapatan hasil rompakan mereka sahaja apabila mereka masih membenarkan perolehan di luar talian dan tidak mematuhi proses sebenar sistem eperolehan ini walaupun sudah lebih 10 tahun sistem ini digunapakai oleh kerajaan. Pemaju tidak peduli terhadap cara perolehan atas talian mahupun luar talian kerana mereka tetap terima habuan 0.08% yang dijanjikan samada transaksi itu di atas talian mahupun di luar talian. Pada pandangam pemaju suka hati kerajaanlah hendak telus atau tidak asalkan mereka dapat kaut habuan.

Mengapa kerajaan membiarkan duit negara dicuri secara terang-terangan. Sedangkan orang yang tidak pakar ekonomi pun boleh terangkan komisen yang dikenakan ke atas transaksi iti sesikit sebanyak akan meningkatkan kos kerajaan dan merugikan kerajaan setiap tahun dan setiap transaksi. Lebih 0.08% kerugian kerajaan berlaku setiap tahun tanpa ada seorang pun orang di dalam kerajaan peduli.

Ramai pakar IT yang bekerja dengan kerajaan boleh bangunkan sisyem yang lebih baik daripada sistem ini. Dengan kos yang lebih rendah dan tidak terikat dengan komisen.

Sebagai penutup cerita wira penyelamat negara ini dengan jelasnya menunjukkan pemaju sistem ini telah berjaya mengambil kesempatan di atas kebodohan ketua jabatan kerajaan terhadap teknologi komunikasi canggih dan memerangkap kerajaan membiarkan berjuta ringgit hasil negara dirompak oleh pemaju ini setiap tahun.

Saturday, January 28, 2017

Burukkan Imej Mahathir

Pilihanraya semakin hampir menjelang. Siaran perdana rtm dan tv3 semakin kuat berkempen untuk kerajaan. Sentiasa menceritakan kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan. Berita utama di tv3 menjadi saluran utama untuk mempropagandakan pelbagai isu.

Kebelakangan ini isu anti mahathir adalah isu yang hangat dimainkan oleh media arus perdana demi mempertahankan kerajaan. Pelbagai isu dan keburukan bekas perdana menteri Malaysia  didedahkan untuk tatapan umum. Untuk apa pendedahan itu dibuat adalah menjadi soalan saya. Tiada siapa pun yang mempersoalkan mengenai kedudukan Mahathir. Mahathir sudah tidak berkuasa dan tidak boleh buat apa2 untuk penduduk negara ini dan kepada penduduk negara ini. Malahan Mahathir sudah lebih sedekad meninggalkan kerajaan.

Setelah meninggalkan kerajaan sekian lama mengapa tiba2 baru sekarang pendedahan dibuat oleh pelbagai pihak. Yang terbaru isu BMF yang dikaitkan dengan siasatan CIA. Sehingga melibatkan CIA. Agensi risikan untuk keselamatan US pun dilibatkan. Terlalu pelik jika difikirkan apakah skandal BMF itu menjadi ancaman kepada America. Kerana CIA adalah agensi yang akan melindungi segala kepentingan America di serata dunia tanpa mengira sempadan negara.

Hasrat utama kerajaan adalah untuk memburukkan imej Mahathir. Kerana dengan imej Mahahtir yang buruk ini akan dapat mengurangkan orang mendengar kata2 dan perkara yang dibawa oleh Mahathir. Mahathir adalah tokoh dan pemimpin yang disegani dihormati oleh penduduk negara ini. Kedudukan Mahathir di dalam jiwa warga Malaysia perlu dirosakkan dan diconteng agar orang yang hormat dan sayang kepada Mahathir menjadi benci dan tidak menyukai Mahathir lagi.

Perbuatan media utama kerajaan ini menambah kecewa saya terhadap kerajaan. Kerajaan berjaya membuat orang yang benci kepada kerajaan bertambah benci dengan kerajaan. Malah orang yamg seperti saya iaitu orang yang mengharapkan kerajaan itu berubah semakin kecewa dan merasakan kerajaan tidak akan berubah.

Ramai kami warga Malaysia yang sayangkan negara namun kecewa dengan tindakan dan dasar yang dibuat oleh kerajaan. Berubahlah.. jangan sampai orang yang mengubahkan.

Sunday, January 1, 2017

Sistem ePengembangan

Perkhidmatan pengembangan pertanian  adalah perkhidmatan teras Jabatan Pertanian yang diberikan kepada semua usahawan tani dan semua masyarakat di negara ini. Jabatan Pertanian telah  menyampaikan khidmat pengembangan selama 112 tahun. Pengalaman yang dimiliki oleh jabatan untuk menyampaikan khidmat ini tidak boleh dinafikan. Namun setinggi mana pengalaman yang dimiliki, pengembangan tetap perlu diberi penambahbaikkan agar terus relevan dengan keperluan dan ekspektasi masyarakat.

Elemen penambahbaikan ini perlu disuntik di setiap peringkat proses program pengembangan. Bermula daripada peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penilaian. Apabila berlaku pengecutan anggota yang drastik maka dengan secara automatisnya proses kerja sepatutnya dinilai dan dirangka semula. Semua pihak dari semua peringkat jawatan tahu dan nampak keperluan mengubal semula proses kerja, namun tindakan yang diambil sangat perlahan hinggakan setelah disenja tahun 2016 masih belum nampak 1 proses kerja pun siap dirangka.

Kejayaan Jabatan Pertanian Negeri Perak membina sistem pengembangan adalah satu kejayaan yang sangat dibanggakan. Sistem ini adalah titik permulaan perubahan dan nafas baru khidmat pengembangan pertanian.

Tahap penerimaan dan tahap penggunaan warga jabatan terhadap sistem ini masih di tahap yang sangat rendah. Namun proses peralihan ini tetap perlu diteruskan serta sistem akan dipertingkatkan kecekapannya agar menjadi lebih mesra dan mudah.

Sistem pengembangan ini mula dirancang pada tahun pertama pelaksanaan ms sio perkhidmatan pengembangan pertanian jabatan pertanian. Semenjak daripada sistem dibangunkan pada tahun 2011 pelbagai penambahbaikan dibuat termasuklah dengan menggabungkan prosedur kerja pengembangan dengan kerangka pelan strategik pengembangan. Pelan strategik akan membantu agen pengembangan kawasan (APK) menyediakan jadual lawatan yang tepat mengikut keperluan petani yang dibimbing agar lawatan khidmat nasihat yang dilaksana memberi impak yang berkesan.

Putrajaya telah memberikan lampu hijau kepada negeri Perak untuk menggunapakai sistem ini selaku pilot kepada semua negeri yang akan menyusul selepas sistem ini diuji kecekapannya. Sebagai seksyen yang diamanahkan untuk menerajui program pengembangan Jabatan Pertanian Negeri Perak akan menjadikan penambahbaikan proses kerja program pengembangan sebagai indikator penilaian prestasi yang utama bagi tahun 2017.

Tahun 2017

Friday, February 24, 2012

Pemimpin Rakyat


Suasana dan demam pilihanraya sudah semakin menjauh. Pada satu ketika keadaan dan bayangan pilihanraya sangat jelas dirasai oleh semua pengundi di negara ni. Kerancakan kerajaan membuat persiapan menghadapi ketentuan nasib masa depan negara secara tiba dengan sekelip mata menjadi sia2. Usaha kerajaan menerajui transformasi yang sangat positif malah telah menunjukkan tanda2 kecemerlangan walaupun baru tahun kedua pelaksanaan tiba2 karam dan semakin tenggelam. Kebaikan yang dibawa..pembaharuan yang sangat efektif..pendekatan yang berbeza dan melampaui jangkaan rakyat tidak menjadi bahan perbualan rakyat lagi. Tajuk cerita dan sembang kopi hakim negara iaitu rakyat yg berdaftar menjadi pengundi telah berubah dalam masa yang sangat singkat berbanding masa yang diambil untuk memutihkan contengan arang di muka kerajaan yang ditinggalkan oleh pemimpin sebelum ini. Saya merasa sangat simpati kepada Perdana Menteri, kerana saya dapat merasai kegigihan dan kesungguhan beliau untuk memulihkan persepsi rakyat sekali gus mengembalikan sokongan rakyat kepada kerajaan. Contoh kepimpinan yang beliau harapkan diikuti oleh pemimpin2 yang berada dalam kerajaan tidak disambut oleh pemimpin tertinggi kerajaan. Reflex rakyat kepada kerajaan ini memaksa kerajaan merangka semula strategi pra piihanraya dan menunda tarikh pilihanraya ke satu tarikh yg baru. Kerajaan terpaksa membersihkan contengan arang yang diconteng oleh orang tamak haloba pula. Rakyat yang dikuasa menjadi hakim kepada negara telah membelakangkan keadilan sebaliknya terus menjatuhkan hukuman kepada pucuk pimpinan negara. Najib yang mempunyai minda positif yg kental terus tabah menerajui  usaha membersih kotoran kesan sikap tamak orang lain. Orang yang tamak  atau lagi tepat jika saya gunakan istilah pengkhianat bangsa. Walau golongan celaka fikir diri sendiri ini tidak ramai tetapi sudah cukup untuk meruntuhkan sebuah empayar yang besar. Kalau dikaji sejarah kejatuhan kerajaan melayu melaka maka dengan jelas dinyatakan kemenangan Portugis ke atas pertahanan Melaka bukan se ab kecanggihan senjata perang mereka tetapi kerana bantuan pengkhianat yang menyalurkan infomasi dan maklumat strategik kepada Portugis. Penderhaka ini diberi ganjaran kekayaan namun kekayaan mereka hanya sementara sahaja dan bersifat one off sahaja..bukan kekayaan yg kekal. Mereka korbankan kuasa utk menjadi kaya. Kesan daripada sikap tamak mereka Melaka tidak mempunyai raja lg, sedangkn selat Melaka telah membuktikn  betapa popularnya Melaka sehingga selat yg menjadi laluan kapal tersibuk didunia menggunakn namanya. Kini kerana harta kekayaan juga lah yang menyebabkn sokongan rakyat merosot.

Perak Extension AO

Saturday, January 28, 2012

its another Year...

assalammualaikum....

Salam Tahun Baru 2012...sedikit terlewat pemberian salam kepada 2012. Namun biarkan lewat daripada terus  tiada. Seperti biasa tahun baru saya mulakan dengan cuti panjang. Setiap tahun bermula dari tahun pertama saya mula makan gaji..Apabila tiba bulan terakhir setiap tahun saya akan menghitung baki cuti untuk dibawa ke hadapan dan bakinya untuk dihabiskan dengan berehat bersama keluarga.

2011 saya tinggalkan dengan pelbagai peristiwa..ada yang manis..dan tidak boleh dielakkan ada juga yang pahit. Manis dan pahit itu adalah takdir yang saya harus terima..serta hadapi dengan cekal dan jadikan sebagai pedoman apabila berhadapan dengan rintangan yang akan datang.

 Usaha 5 tahun memerah keringat membawa perubahan corak pemikiran dan Berkat kerjasama semua kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Kuala Kangsar telah terpilih dan memenangi pertandingan daerah perkhidmatan pengembangan terbaik negeri Perak bagi tahun 2011. Kemenangan ini amat bermakna bagi saya. Bukan untuk menunjuk-nunjuk..jauh sekali untuk merasa bongkak. Namun kemenangan ini akan menjadi pembakar semangat saya untuk meneruskan Cabaran.

Tahun 2011 merupakan tahun terakhir saya bertugas di Kuala Kangsar sebagai Pegawai Pertanian Daerah.  Bermula daripada September iaitu selepas hari raya saya  melapor diri bertugas di ibupejabat Pertanian negeri Perak. Cabaran baru kepada saya apabila diletakkan sebagai ketua Seksyen Pengembangan, Pengembangan yang merupakan teras fungsi jabatan menjadikan jawatan baru saya ini amat penting dan amat mencabar.

Saya sahut cabaran baru ini dengan penuh semangat yang berkobar-kobar untuk mencetuskan revolusi transformasi pengembangan agar terus relevan dengan peredaran masa dan zaman. Perubahan zaman dan daya pemikiran manusia menyebabkan perkembangan aktiviti pengembangan pertanian dipandang sepi oleh semua pihak. Aktiviti yang dianggap tersangat penting pada satu masa dahulu apabila aktiviti ini dapat membantu penduduk luar bandar yang serba kekurangan malah juga buta huruf menjalankan aktiviti pertanian sebagai punca pendapatan mereka. Walaupun industri ini tidak menjadikan mereka kaya raya sehingga memiliki rumah sebesar istana namun masyarakat luar bandar ini tetap berjaya mendewasakan anak-anak mereka dengan pendidikan yang baik dan sempurna. Harapan mereka adalah anak-anak mereka perolehi taraf hidup yang lebih baik.Usaha mereka dengan dibantu oleh aktiviti pengembangan yang dijalankan oleh agen pengembangan berjaya mengubah nasib mereka dan anak-anak mereka.

Aktiviti pengembangan dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Pertanian dan seluruh kakitangan Jabatan Pertanian dikenali sebagai agen pengembangan. Program pengembangan adalah bertujuan memberikan pendidikan teknologi pertanian kepada para petani untuk meningkatkan pengeluaran pertanian mereka. Pengembangan pada masa itu merupakan elemen terpenting kepada petani kerana kebanyakan petani di luar bandar tidak boleh membaca dan mempunyai taraf pendidikan yang rendah. Program ini terus berjalan dengan peneraju program ini Jabatan Pertanian telah diangkat oleh masyarakat luar bandar sebagai agensi kerajaan yang penting dan peniuh berjasa kepada mereka.

Namun kejayaan pengembangan meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar juga menyebabkan aktiviti pengembangan ini mula dipinggirkan malah kepentingannya dilupakan. Kejayaan pengembangan mengubah nasib masyarakat luar bandar tidak dihiraukan oleh masyarakat kerana pelbagai program kerajaan yang dijalankan menerusi pelbagai agensi kerajaan digembleng secara bersama. Pengembangan pertanian tidak boleh dinafikan adalah salah satu usaha terbaik yang telah mengubah landskap masyarakat luar bandar.

Peredaran masa dan zaman membawa masyarakat kini mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. Kadar buta huruf di negara ini juga menghampir angka sifar. Perubahan daya pemikiran masyarakat dan taraf pendidikan  yang tinggi menyebabkan aktiviti pengembangan pertanian menguncup dan tanggungjawab menyampaikan teknologi pertanian ini semakin diambilalih oleh pengeluar teknologi itu sendiri. Petani yang buta huruf sukar ditemui lagi sebaliknya para petani kini adalah mereka yang mempunyai taraf pendidikan sekurangnya ditahap sijil SPM. Malah ramai juga petani yang memiliki ijazah.

Perubahan sifat industri pertanian ini sepatutnya diikuti dengan perubahan program pengembangan. Oleh yang demikian saya melihat kearah yang lebih positif dengan pelbagai artikel dari luar negara telah saya baca mengenai pengembangan pertanian ini. Kesimpulan mudah yang boleh saya berikan ialah pengembangan mesti alami revolusi transformasi pengembangan. Its time For Change....