Friday, February 24, 2012

Pemimpin Rakyat


Suasana dan demam pilihanraya sudah semakin menjauh. Pada satu ketika keadaan dan bayangan pilihanraya sangat jelas dirasai oleh semua pengundi di negara ni. Kerancakan kerajaan membuat persiapan menghadapi ketentuan nasib masa depan negara secara tiba dengan sekelip mata menjadi sia2. Usaha kerajaan menerajui transformasi yang sangat positif malah telah menunjukkan tanda2 kecemerlangan walaupun baru tahun kedua pelaksanaan tiba2 karam dan semakin tenggelam. Kebaikan yang dibawa..pembaharuan yang sangat efektif..pendekatan yang berbeza dan melampaui jangkaan rakyat tidak menjadi bahan perbualan rakyat lagi. Tajuk cerita dan sembang kopi hakim negara iaitu rakyat yg berdaftar menjadi pengundi telah berubah dalam masa yang sangat singkat berbanding masa yang diambil untuk memutihkan contengan arang di muka kerajaan yang ditinggalkan oleh pemimpin sebelum ini. Saya merasa sangat simpati kepada Perdana Menteri, kerana saya dapat merasai kegigihan dan kesungguhan beliau untuk memulihkan persepsi rakyat sekali gus mengembalikan sokongan rakyat kepada kerajaan. Contoh kepimpinan yang beliau harapkan diikuti oleh pemimpin2 yang berada dalam kerajaan tidak disambut oleh pemimpin tertinggi kerajaan. Reflex rakyat kepada kerajaan ini memaksa kerajaan merangka semula strategi pra piihanraya dan menunda tarikh pilihanraya ke satu tarikh yg baru. Kerajaan terpaksa membersihkan contengan arang yang diconteng oleh orang tamak haloba pula. Rakyat yang dikuasa menjadi hakim kepada negara telah membelakangkan keadilan sebaliknya terus menjatuhkan hukuman kepada pucuk pimpinan negara. Najib yang mempunyai minda positif yg kental terus tabah menerajui  usaha membersih kotoran kesan sikap tamak orang lain. Orang yang tamak  atau lagi tepat jika saya gunakan istilah pengkhianat bangsa. Walau golongan celaka fikir diri sendiri ini tidak ramai tetapi sudah cukup untuk meruntuhkan sebuah empayar yang besar. Kalau dikaji sejarah kejatuhan kerajaan melayu melaka maka dengan jelas dinyatakan kemenangan Portugis ke atas pertahanan Melaka bukan se ab kecanggihan senjata perang mereka tetapi kerana bantuan pengkhianat yang menyalurkan infomasi dan maklumat strategik kepada Portugis. Penderhaka ini diberi ganjaran kekayaan namun kekayaan mereka hanya sementara sahaja dan bersifat one off sahaja..bukan kekayaan yg kekal. Mereka korbankan kuasa utk menjadi kaya. Kesan daripada sikap tamak mereka Melaka tidak mempunyai raja lg, sedangkn selat Melaka telah membuktikn  betapa popularnya Melaka sehingga selat yg menjadi laluan kapal tersibuk didunia menggunakn namanya. Kini kerana harta kekayaan juga lah yang menyebabkn sokongan rakyat merosot.

Perak Extension AO

Saturday, January 28, 2012

its another Year...

assalammualaikum....

Salam Tahun Baru 2012...sedikit terlewat pemberian salam kepada 2012. Namun biarkan lewat daripada terus  tiada. Seperti biasa tahun baru saya mulakan dengan cuti panjang. Setiap tahun bermula dari tahun pertama saya mula makan gaji..Apabila tiba bulan terakhir setiap tahun saya akan menghitung baki cuti untuk dibawa ke hadapan dan bakinya untuk dihabiskan dengan berehat bersama keluarga.

2011 saya tinggalkan dengan pelbagai peristiwa..ada yang manis..dan tidak boleh dielakkan ada juga yang pahit. Manis dan pahit itu adalah takdir yang saya harus terima..serta hadapi dengan cekal dan jadikan sebagai pedoman apabila berhadapan dengan rintangan yang akan datang.

 Usaha 5 tahun memerah keringat membawa perubahan corak pemikiran dan Berkat kerjasama semua kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Kuala Kangsar telah terpilih dan memenangi pertandingan daerah perkhidmatan pengembangan terbaik negeri Perak bagi tahun 2011. Kemenangan ini amat bermakna bagi saya. Bukan untuk menunjuk-nunjuk..jauh sekali untuk merasa bongkak. Namun kemenangan ini akan menjadi pembakar semangat saya untuk meneruskan Cabaran.

Tahun 2011 merupakan tahun terakhir saya bertugas di Kuala Kangsar sebagai Pegawai Pertanian Daerah.  Bermula daripada September iaitu selepas hari raya saya  melapor diri bertugas di ibupejabat Pertanian negeri Perak. Cabaran baru kepada saya apabila diletakkan sebagai ketua Seksyen Pengembangan, Pengembangan yang merupakan teras fungsi jabatan menjadikan jawatan baru saya ini amat penting dan amat mencabar.

Saya sahut cabaran baru ini dengan penuh semangat yang berkobar-kobar untuk mencetuskan revolusi transformasi pengembangan agar terus relevan dengan peredaran masa dan zaman. Perubahan zaman dan daya pemikiran manusia menyebabkan perkembangan aktiviti pengembangan pertanian dipandang sepi oleh semua pihak. Aktiviti yang dianggap tersangat penting pada satu masa dahulu apabila aktiviti ini dapat membantu penduduk luar bandar yang serba kekurangan malah juga buta huruf menjalankan aktiviti pertanian sebagai punca pendapatan mereka. Walaupun industri ini tidak menjadikan mereka kaya raya sehingga memiliki rumah sebesar istana namun masyarakat luar bandar ini tetap berjaya mendewasakan anak-anak mereka dengan pendidikan yang baik dan sempurna. Harapan mereka adalah anak-anak mereka perolehi taraf hidup yang lebih baik.Usaha mereka dengan dibantu oleh aktiviti pengembangan yang dijalankan oleh agen pengembangan berjaya mengubah nasib mereka dan anak-anak mereka.

Aktiviti pengembangan dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Pertanian dan seluruh kakitangan Jabatan Pertanian dikenali sebagai agen pengembangan. Program pengembangan adalah bertujuan memberikan pendidikan teknologi pertanian kepada para petani untuk meningkatkan pengeluaran pertanian mereka. Pengembangan pada masa itu merupakan elemen terpenting kepada petani kerana kebanyakan petani di luar bandar tidak boleh membaca dan mempunyai taraf pendidikan yang rendah. Program ini terus berjalan dengan peneraju program ini Jabatan Pertanian telah diangkat oleh masyarakat luar bandar sebagai agensi kerajaan yang penting dan peniuh berjasa kepada mereka.

Namun kejayaan pengembangan meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar juga menyebabkan aktiviti pengembangan ini mula dipinggirkan malah kepentingannya dilupakan. Kejayaan pengembangan mengubah nasib masyarakat luar bandar tidak dihiraukan oleh masyarakat kerana pelbagai program kerajaan yang dijalankan menerusi pelbagai agensi kerajaan digembleng secara bersama. Pengembangan pertanian tidak boleh dinafikan adalah salah satu usaha terbaik yang telah mengubah landskap masyarakat luar bandar.

Peredaran masa dan zaman membawa masyarakat kini mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. Kadar buta huruf di negara ini juga menghampir angka sifar. Perubahan daya pemikiran masyarakat dan taraf pendidikan  yang tinggi menyebabkan aktiviti pengembangan pertanian menguncup dan tanggungjawab menyampaikan teknologi pertanian ini semakin diambilalih oleh pengeluar teknologi itu sendiri. Petani yang buta huruf sukar ditemui lagi sebaliknya para petani kini adalah mereka yang mempunyai taraf pendidikan sekurangnya ditahap sijil SPM. Malah ramai juga petani yang memiliki ijazah.

Perubahan sifat industri pertanian ini sepatutnya diikuti dengan perubahan program pengembangan. Oleh yang demikian saya melihat kearah yang lebih positif dengan pelbagai artikel dari luar negara telah saya baca mengenai pengembangan pertanian ini. Kesimpulan mudah yang boleh saya berikan ialah pengembangan mesti alami revolusi transformasi pengembangan. Its time For Change....