Thursday, February 24, 2011

Sesuatu yg anda x perasan@terfikir..

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda,seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula;mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya,sehari untuk teman tetap paling setia.walaupn punya harta yang banyak,teman tetap paling berharga

Saturday, February 19, 2011

Kebiasaan Tidak Berubah

Kata-kata yang menyakitkan telinga dan hati selalu didengar apabila hanya sendirian yang mahukan perubahan, Perubahan yang dicadangkan bukanlah perubahan yang mendadak dan melencong dari landasan. Jemu dengan suasana biasa. Setiap pagi pergi kerja dan balik kerja tanpa ada sebarang kejayaan dicipta. Hairan apabila melihat mereka mampu melakukan perkara ini bertahun-tahun. Ada yang yang telah berdekad-dekad. Fikir perkara yang negative, yang terkandung dalam fikiran mereka hanya perkara yang buruk. Malu untuk berbeza, takut dikutuk oleh rakan dan risau diketawakan.

Mengekalkan ciri yang ada apabila persekitaran telah berubah adalah tamadun yang pupus, dinosaur yang pupus, Tamadun dan dino pupus kerana mereka tidak mahu berubah mengikut persekitaran. Mereka cuba untuk mengekalkan sifat mereka. Maka apabila dunia tidak lagi sesuai dengan sifat mereka maka pupuslah dan hilang lah keagungan yang mereka pernah ada. Walaupun tidak dinafi mereka pernah menjadi yang digeruni dan dihormati tapi sifat tidak mahu menerima perubahan membinasakan mereka.

Itulah keadaan yang sering terlihat di sini. Merasa selesa dan sanggup hidup terus didalam dunia mereka walaupun tempurung itu dah tidak hampir reput. Telah terbiasa dengan kebiasaan dan tidak mahu perubahan mengubah sebarang kebiasaan.

Thursday, February 10, 2011

Bulbir Singh of Seremban

Merujuk kepada karangan Bullbir Singh yang terkandung di dalam NST betarikh 9 february 2011,

Nasihat yang diberikan oleh Bulbir tu amat tepat dan elok jika semua orang setuju dengan beliau ini.......

Malas nak bercerita panjang dan mengulas penulisan yang ditulis oleh En. Bulbir. Kerana tiba-0tiba rasa saya telah membazir waktu saya yang berharga melayan terlalu ramai Tn. Bulbir.........................................