Saturday, February 19, 2011

Kebiasaan Tidak Berubah

Kata-kata yang menyakitkan telinga dan hati selalu didengar apabila hanya sendirian yang mahukan perubahan, Perubahan yang dicadangkan bukanlah perubahan yang mendadak dan melencong dari landasan. Jemu dengan suasana biasa. Setiap pagi pergi kerja dan balik kerja tanpa ada sebarang kejayaan dicipta. Hairan apabila melihat mereka mampu melakukan perkara ini bertahun-tahun. Ada yang yang telah berdekad-dekad. Fikir perkara yang negative, yang terkandung dalam fikiran mereka hanya perkara yang buruk. Malu untuk berbeza, takut dikutuk oleh rakan dan risau diketawakan.

Mengekalkan ciri yang ada apabila persekitaran telah berubah adalah tamadun yang pupus, dinosaur yang pupus, Tamadun dan dino pupus kerana mereka tidak mahu berubah mengikut persekitaran. Mereka cuba untuk mengekalkan sifat mereka. Maka apabila dunia tidak lagi sesuai dengan sifat mereka maka pupuslah dan hilang lah keagungan yang mereka pernah ada. Walaupun tidak dinafi mereka pernah menjadi yang digeruni dan dihormati tapi sifat tidak mahu menerima perubahan membinasakan mereka.

Itulah keadaan yang sering terlihat di sini. Merasa selesa dan sanggup hidup terus didalam dunia mereka walaupun tempurung itu dah tidak hampir reput. Telah terbiasa dengan kebiasaan dan tidak mahu perubahan mengubah sebarang kebiasaan.

No comments:

Post a Comment