Saturday, February 11, 2017

ePerolehan

Sejak awal kurun ke 21 dunia didedahlan dengan perkembangan teknologi komunikasi yang tidak mempunyai sebarang batasan. Pada awal telnologi ini diperkenalkan kepada manusia sejagat majoriti orang menjadi dungu dan terbuka mulut seluas-luasnya menampakkan kebodohan mereka. Tiada siapa pun yang boleh menduga apakah kebaikan serta keburukan yang bakal dilahirkan oleh teknologi komunikasi ini. Hampir semua warga veteran sekitar umur 40an dan ke atas mengambil langkah mudah iaitu buat bodoh terhadap evolusi waktu ini. Langkah mudah yang mereka ambil itu sebenarnya tidak salah jika kita lihat dari perspektif pengetahuan mereka terhadap teknologi ini yang hampir sifar. Malah lebih tetap jika disimpulkan mereka ini bukan buat-buat bodoh sebaliknya memang bodoh. Watak yang kita nampak seakan akan mereka berlakon tidak ambil tahun sebenarnya bukanlah watak yang dibuat-buat oleh mereka kerana mereka memang tidak tahu.

Dalam keadaan seluruh manusia tertanya-tanya inilah akan munculnya wira penyelamat yang akan menipu serta mengambil kesempatan atas kebodohan umat manusia. Wira ini akan mengaku cerdik pandai malah mengangkat dirinya sendiri menjadi pakar di dalam bidang yang tersangat baru ini. Pengakuan mereka sebagai pakar pun sudah cukup menampakkan wira ini adalah penipu. Bagaimana mereka boleh menjadi pakar sedangkan mereka pun baru sahaja diperkenalkan dengan dunia canggih tidak ada batasan. Mereka memutarbelitkan fakta menunjukkan kepandaiam mereka serta mendedahkan kebodohan orang lain. Mereka tahu tiada siapa pun yang akan tampil cuba membetulkan dan mendedahkan penipuan mereka kerana tiada siapa pun dalam kalangan orang di Malaysia ini yang pakar dalam bidang yang tersangat canggih pada masa itu. Makin memudahkan penipuan mereka apabila semua ketua jabatan kerajaan pada masa itu diketuai oleh golongan yang buat-buat bodoh tadi.

Maka dengan bijaknya kerajaan persekutuan mengambil langkah kehadapan dengan megah menerajui perkembangan teknologi komunikasi ini memperkenalkan pelbagai sistem atas talian yang. Untuk menampakan kerajaan seperti bijak istilah maya atau e diekplorasikan.

Kementerian kewangan turut perkenalkan eperolehan yang ada baiknya dan tidak dinafikan memang sistem ini adalah sistem yang sangat baik kepada negara. Bukan setakat untuk mencapau paperless goverment seperti ramai orang katakan malah lebih pada itu. Melalui sistem ini proses perolehan dan tender kerajaan boleh menjadi telus dan tiada lagi agenda tersembunyi mana-mana pihak. Tingkat proses perolehan daripada pengeluaran permohonan perolehan hingga ke proaes terakhir iaiti bayaran dapat diringkaskan hingga membolehkan bayaran dikeluarkan dalam masa 3 hari selepas tuntutan dibuat. Selain itu pelbagai data dan maklumat syarikat yang menjadi pembekal akan mudah didapati serta boleh dianalisis oleh mana- mana pihak dalam kerajaan demi kepentingan negara.

Oleh kerana terlalu banyak kebaikan yang ditawarkan oleh sistem ini hingga menutup wajah penghisap darah pemilik atau pemaju sistem yang mencadangkan pembangunan sistem eperolehan ini. Pemaju sistem ini mahukan jalan yang selamat hingga akhir zaman atau kiamat untuk seluruh keturunan mereka. Oleh itu mereka tidak menawarkan sebarang nilai kontrak yang perlu dibayar oleh kerajaan untuk bangunkan sistem eperolehan. Sebaliknya mereka mahukan komisen disetiap transkasi melalui sistem yang mereka bangunkan. Tidak dapat saya pastika  berapa banyak kali rundingan yang telag berlaku antara kerajaan dan pemaju hingga akhirnya kedua-dua pihak setuju pada kadar 0.08% daripada nilai setiap transaksi melalui sistem ini.

Dengan begitu mudah mereka merompak duit kerajaan dan mengumpul kekayaan di atas kebodohan orang di dalam kerajaan. Jika peruntukan kerajaan pada tahun semasa adalah RM10juta. Maka pendapatan syarikat itu adalah RM800k tanpa perlu bekerja keras seperti orang lain. Perlu diingat belanjawan yang dibentang oleh perdana menteri setiap tahun bukan bernilai RM10 juta malah berbillion ringgit yang hampir 50 peratus budget itu diproses melalui sistem eperolehan.Kerajaan juga telah keluarkan pekeliling mengarahkan semua agensi  kerajaan mengunakan sistem eperolehan ini agar proses perolehan kerajaan dapat dilaksanakan dengan telus. Pekelililing ini telah membenarkan duit negara dirompak secara halal dan dilindungi oleh undang-undang negara.

Pemaju sistem ini tidak pun mementingkan ketelusan perolehan kerajaan sebaliknya hanya pentingkan pendapatan hasil rompakan mereka sahaja apabila mereka masih membenarkan perolehan di luar talian dan tidak mematuhi proses sebenar sistem eperolehan ini walaupun sudah lebih 10 tahun sistem ini digunapakai oleh kerajaan. Pemaju tidak peduli terhadap cara perolehan atas talian mahupun luar talian kerana mereka tetap terima habuan 0.08% yang dijanjikan samada transaksi itu di atas talian mahupun di luar talian. Pada pandangam pemaju suka hati kerajaanlah hendak telus atau tidak asalkan mereka dapat kaut habuan.

Mengapa kerajaan membiarkan duit negara dicuri secara terang-terangan. Sedangkan orang yang tidak pakar ekonomi pun boleh terangkan komisen yang dikenakan ke atas transaksi iti sesikit sebanyak akan meningkatkan kos kerajaan dan merugikan kerajaan setiap tahun dan setiap transaksi. Lebih 0.08% kerugian kerajaan berlaku setiap tahun tanpa ada seorang pun orang di dalam kerajaan peduli.

Ramai pakar IT yang bekerja dengan kerajaan boleh bangunkan sisyem yang lebih baik daripada sistem ini. Dengan kos yang lebih rendah dan tidak terikat dengan komisen.

Sebagai penutup cerita wira penyelamat negara ini dengan jelasnya menunjukkan pemaju sistem ini telah berjaya mengambil kesempatan di atas kebodohan ketua jabatan kerajaan terhadap teknologi komunikasi canggih dan memerangkap kerajaan membiarkan berjuta ringgit hasil negara dirompak oleh pemaju ini setiap tahun.

No comments:

Post a Comment