Saturday, January 28, 2017

Burukkan Imej Mahathir

Pilihanraya semakin hampir menjelang. Siaran perdana rtm dan tv3 semakin kuat berkempen untuk kerajaan. Sentiasa menceritakan kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan. Berita utama di tv3 menjadi saluran utama untuk mempropagandakan pelbagai isu.

Kebelakangan ini isu anti mahathir adalah isu yang hangat dimainkan oleh media arus perdana demi mempertahankan kerajaan. Pelbagai isu dan keburukan bekas perdana menteri Malaysia  didedahkan untuk tatapan umum. Untuk apa pendedahan itu dibuat adalah menjadi soalan saya. Tiada siapa pun yang mempersoalkan mengenai kedudukan Mahathir. Mahathir sudah tidak berkuasa dan tidak boleh buat apa2 untuk penduduk negara ini dan kepada penduduk negara ini. Malahan Mahathir sudah lebih sedekad meninggalkan kerajaan.

Setelah meninggalkan kerajaan sekian lama mengapa tiba2 baru sekarang pendedahan dibuat oleh pelbagai pihak. Yang terbaru isu BMF yang dikaitkan dengan siasatan CIA. Sehingga melibatkan CIA. Agensi risikan untuk keselamatan US pun dilibatkan. Terlalu pelik jika difikirkan apakah skandal BMF itu menjadi ancaman kepada America. Kerana CIA adalah agensi yang akan melindungi segala kepentingan America di serata dunia tanpa mengira sempadan negara.

Hasrat utama kerajaan adalah untuk memburukkan imej Mahathir. Kerana dengan imej Mahahtir yang buruk ini akan dapat mengurangkan orang mendengar kata2 dan perkara yang dibawa oleh Mahathir. Mahathir adalah tokoh dan pemimpin yang disegani dihormati oleh penduduk negara ini. Kedudukan Mahathir di dalam jiwa warga Malaysia perlu dirosakkan dan diconteng agar orang yang hormat dan sayang kepada Mahathir menjadi benci dan tidak menyukai Mahathir lagi.

Perbuatan media utama kerajaan ini menambah kecewa saya terhadap kerajaan. Kerajaan berjaya membuat orang yang benci kepada kerajaan bertambah benci dengan kerajaan. Malah orang yamg seperti saya iaitu orang yang mengharapkan kerajaan itu berubah semakin kecewa dan merasakan kerajaan tidak akan berubah.

Ramai kami warga Malaysia yang sayangkan negara namun kecewa dengan tindakan dan dasar yang dibuat oleh kerajaan. Berubahlah.. jangan sampai orang yang mengubahkan.

No comments:

Post a Comment