Sunday, January 9, 2011

PERTANIAN ZAMAN BERZAMAN

Pertanian sering dianggap satu industri yang mudah oleh kebanyakkan orang di negara ini. Apabila sahaja kerajaan di bawah pimpinan Pak Lah menggumumkan petanian adalah sumber negara dan pertanian adalah perniagaan maka bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan uasahawan dan manusia yang terjun tanpa usul periksa ke dunia pertanian. Pelbagai alasan diberi, "Minat sejak dari sekolah", "Hendak berbakti kepada tanah", "Mahu buktikan bangsa melayu boleh berjaya" dan yang paling popular "Hendak menyahut seruaan kerajaan pertanian adalah perniagaan".

Bukan hanya mereka yang ingin mencuba tunbuh, turut tumbuh ialah skim cepat kaya akan menghisap darah mereka yang tamak. Heboh di sana sini projek pertanian orang sembangkan. Mengenai skim yang membuatkan orang menjadi kabur dengan janji limpahan kekayaan melalui pertanian. Tanaman cili fertigasi paling popular, RM12k akan mendapatkan pulangan sekali ganda dalam masa 6 bulan. Peserta hanya perlu keluarkan modal sahaja. Sistem dan segala teknikal akan dilakukan oleh syarikat. Pasaran terjamin yang mereka janjikan, Menghairankan semua mereka mengatakan kontrak farming dengan FAMA, Cili menjadi popular kerana harga cili yang mahal terutama semasa musim hujan,

Selain cili, cacing dan keli canvas turut didagangkan. Paling tak disangka apabila ada yang menawarkan projek tanaman gaharu. Gaharu adalah pokok hutan yang mahal. Penjagaan mudah tetapi untuk mendapatkan hasilnya gaharu paling cepat boleh menuai hasil ialah selepas 8 tahun. Perjanjian macam ini pun masih ada yang terpedaya. Secara logiknya wujuk lagi ke syarikat ini dalam masa 8 tahun? Sekiranya anak lahir pada masa yang sama, maka si anak telah masuk darjah 2 baru boleh menuai hasil gaharu.

Jutaan ringgit dilaburkan oleh rakyat Malaysia yang buta dan membutakan diri sendiri dengan kedaifan ilmu dan ketamakan. Ribuan ringgit yang dijanjikan oleh syarikat hilang begitu sahaja, Ribuan yang dijanji pulang dalam 1 pusingan amat baik jika ianya realiti. Akhirnya syarikat tadi mengaut untung yang tidak terhingga dan meninggalkan peserta mereka terkontang kanting hilang arah tuju dan ilang ribuan ringgit.

Terlalu banyak boleh diceritakan dalam industri ini. Perjuangan untuk memartabatkan industri ini masih jauh dan belum nampak lagi akan penghujungnya. Badut-badut sarkas yang datang dengan tujuan mengaut untung darri mereka yang bodoh dan tamak kadang kala menghiburkan juga diketika runsing mencari kaedah membangunkan mereka yang lupa dan membelakangkan pakar-pakar yang disediakan percuma kepada mereka.

No comments:

Post a Comment