Tuesday, October 18, 2011

Semakin Menyakitkan Hati

Semakin hari semakin sakit hati ini bila membaca penulisan-penulisan yang terdapat di dalam Facebook. Hati ini menjerit sakit bila membaca pernyataan yang dikeluarkan itu datangnya daripada sahabat baik yang terpelajar dan ahli keluarga sendiri seperti bapa saudara san sepupu yang datangnya dari keluarga yang baik-baik. Kata-kata yang mereka gunakan sangat mengjengkelkan. Mereka sedarkah apa yang mereka sedang lakukan. Adakah mereka sedar yang mereka sedang mengulangi sejarah melaka. Mulut mereka pantas menceritakan mengenai sejarah dan salah laku yang boleh dipelajari melalui sejarah namun hakikat sebenarnya mereka sedang mengulang sejarah itu.

Sedarlah wahai sahabat dan seluruh saudara ku....bahawa apa yang kita sedang lakukan ini adalah amat merugikan seluruh bangsa dan yang paling utama merugikan keturunan dan zuriat kita sendiri. Bumu bertuah ini akan kita serahkan kepada bangsa lain iaitu cina. Setiap kata-kata yang saya lontarkan agar mempertahankan bangsa anda semua akan membalas dengan mengatakan UMNO yang telah mengadaikan bangsanya terlebih dahulu dan bukan mereka. Jika pun benar pernyataan yang korang berikan itu melahirkan persoalan di benak hati aku. Kenapa korang sedar bangsa digadai dan korang kutuk orang yang melakukannya tetapi korang juga lakukan perkara yang sama. Adakah korang marah kerana UMNO gadai bangsa dan korang marah kerana mengapa gadai sorang diri dan tidak mengundang korang sekali mengadaikan bangsa sendiri. Korang hanya menyambung tugas mengadai bangsa. Sepatut bila korang dah sedar berhentilah melakukan perkara yang sama. Tetapi korang hanya gunakan akal dan ketajaman akal korang itu untuk menggatakan UMNO buat lagi teruk daripada apa yang aku buat. UMNO gadai lagi banyak, aku gadai sedikit sahaja.

Apabila aku kata korang sedang diperalat oleh cina korang maki aku...korang caci aku...korang gunakan singapura...Genting Highland ..Penang...Bukit Tinggi sebagai contoh korang...korang menafikan yang korang semua diperalatkan oleh cina untuk berkuasa. Cina telah berkuasa lama di Malaysia ini...bandar besar seperti Kuala Lumpur, Penang, JB, Ipoh semua dikuasai oleh mereka. Syarikat-syrikat besar juga dikuasai oleh mereka. Ada satu masa dahulu di masa aku baru menamatkan pengajian dari UPM dan sedang mencari kerja diKuala Lumpur kebanyakan dan hampir semua iklan kerja kosong di surat khabar meberi kelebihan kepada mereka yang menguasai bahasa mandarin. Siapakah yang akan menguasai bahasa mandarin ini???? sudah pasti la orang yang bertutur dengan bahasa mandarin, iaitu cina. Kebetulan aku diterima untuk bekerja di sebuah syarikat pembinaan yang terkemuka dan sudah pasti syarikat ini kepunyaan cina... pada hari yang sama seorang lagi pemohon yang diterima serentak dengan aku adalah seorang cina silembut ala-ala bapok. Bukan bapok yang nak aku cerita, mengherankan aku kenapa jawatan yang sama kelayakan yang sama tetapi gaji yang ditawarkan jauh berbeza.

No comments:

Post a Comment